Termenginap hotel berhantu, check in MySejahtera tapi tak wujud


KADANGKALA kita terpaksa menginap di sesebuah hotel kerana kesuntukan masa atau hotel lain sudah penuh.

Saya sendiri pernah menginap di sebuah di Langkawi yang berhantu, tetapi kerana hotel lain sudah penuh, terpaksa saya harungi selama seminggu duduk di hotel berkenaan kerana membuat liputan Pameran Lima Langkawi.

Seorang rakan sekolah dan rakan Facebook saya berkongsi cerita bagaimana anak perempuannya tanpa sengaja telah menginap sebuah hotel berhantu.

Lebih seram lagi ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada pelanggan lain. Berikut kisah yang ditulis oleh Nisa Norizah

Nak kongsi kisah yang terjadi kepada tiga anak gadis Kak Ja yang agak menyeramkan..

Jumaat lalu salah seorg anak buat rawatan laser mata di Ipoh. Esoknya kena pergi klinik lagi buat pemeriksaan.

Tak dapat nak teman sebab PKP jadi biarkan anak saja yang pergi.

Lepas selesai laser mata mereka cepat-cepat cari hotel nak menginap…oleh kerana si adik kesakitan.

Nampk saja hotel merek terus daftar masuk. Masa daftar tu hanya ada sorang saja pekerja di kaunter.

Muka sangat tak friendly. Rasanya hanya mereka saja yang `checkin’ sbb di parking kosong.

Mereka diberikan bilik yang paling hujung dan terpaksa belok dan paling hujung sekali antara berpuluh-puluh bilik kosong.

Sepanjang perjalanan lampu akan bernyala secara automatik dan terpadam bila tiada orang. Suasana sangat sunyi dan menyeramkan.

Masuk saja bilik tersangat berbau hapak. Cadar yang putih nampak kekuningan.

Oleh kerana terlampau letih, masing-masing tertidur. Ketika itu jam pukul 3 petang dan mereka terjaga pada pukul 5 petang.

Terdengar macam-macam bunyi..bunyi tapak kaki ,bunyi orang seret benda tapi bila buka pintu tiada siapa.

Masing-masing berasa tak sedap hati dan bercadang untuk check out.

Si kakak yang selalunya seorang yang sangat berani pun meremang bulu roma.

Si kakak ini pernah kerja di PLKN selalu balik tengah malam memandu sorang diri tapi tak pernah rasa takut tapi kali ini dia rasa sangat tak sedap hati.

Alhamdulillah mereka sepakat untuk check out dan cari hotel lain dan yang penyambut tetamu tu langsung tak bertanya kenapa hanya berapa jam saja.

Esoknya sampai rumah, periksa carian di Google rupa-rupanya sudah bertahun orang tidak pergi ke hotel berkenaan.

dan yang paling seram ialah hotel itu antara empat tempat paling menyeramkan di Malaysia.

Nisa bersyukur kerana anak-anak mengambil keputusan untuk keluar dari hotel berkenaan. Jika tidak entah apa yang berlaku.

Bila periksa pada MySejahtera, sekali hotel itu tak wujud, walaupun mereka telah check in menggunakan aplikasi berkenaan.

Biarlah rugi duit dan tidak dapat dibayangkan mereka bertiga menginap hotel berkenaan hingga ke malam.

Hotel yang dimaksudkan ialah Tambun Inn dan banyak diceritakan tentang penampakan di hotel berkenaan.

Terletak di Jalan Raja Dihilir, Tambun Inn merupakan salah sebuah hotel atau penginapan pilihan di Ipoh. Bangunan setinggi 3 tingkat ini hanya 5 kilometer dari lapangan terbang dan lokasinya berdekatan dengan kawasan perumahan dan juga sebuah tanah perkuburan cina. Walaupun kecil, hotel ini menawarkan empat jenis bilik untuk dipilih oleh tetamu iaitu; bilik Standard, Twin Deluxe, Superior dan Family.

Agak banyak cerita seram dan mistik yang diceritakan oleh tetamu – tetamu yang bermalam di Tambun Inn, paling banyak dikongsikan adalah ada yang ‘bermain’ dengan lampu. Selain lampu, ada juga yang mendakwa terdengar bisikan – bisikan halus terutamanya ketika tidur.

Versi lain; ada tetamu yang terdengar tangisan sepanjang koridor hotel, selain penampakan wanita tua di dalam dan sekitar kawasan hotel. Ada juga yang ternampak kelibat kanak – kanak wanita berbaju biru dan yang extreme adalah mereka bangun di bilik lain.

Menurut cerita lama, ada mahkluk ‘hijau’ berkeliaran di tingkat 3 dan kalau anda buat pencarian, hotel ini akan berada dalam banyak ‘senarai top-10’ tempat paranormal di Malaysia. SM

Leave a Reply