Aksi panas baru lepas ke Hollywood – Nadia Brian


Selepas hangat dengan kisah pergolakan rumah tangga yang belum berpenghujung, nama pelakon sekksi, Nadia Brian, 29, meledak semula, baru-baru ini.

Namun, kali ini bukan mengenai isu peribadi, sebaliknya Nadia menolak tawaran berb0gel dan beraksi panas dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi sepatutnya terbang ke Ireland selama enam bulan pada bulan ini terpaksa menolak tawaran yang mampu menjatuhkan maruah keluarga dan negara.

Ramai memuji tindakan Nadia, tidak kurang juga melemparkan kata cercaan dengan menggelarkan artis tempatan sebagai sampah hanya kerana tidak pernah melebarkan sayap perjuangan ke peringkat antarabangsa.

Mungkin Nadia, antara pelakon yang suka berpakaian skeksi, namun wanita kacukan Melayu-Australia itu belum tergamak menggadai maruah untuk tontonan seluruh dunia demi membina nama dan populariti di luar negara.

Nadia berkata, dia menerima tawaran produksi Hollywood pada Oktober, tahun lalu.

“Sejujurnya, impian setiap pelakon pastinya mahu melangkah ke luar negara. Sejak kecil, saya memang sukakan drama barat, apatah lagi, berangan-angan menjejaki Hollywood. Saat pengurus bertanyakan mengenai tawaran ini, saya tidak fikir dua kali mahu menolak.

“Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembnuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.

“Saya diberitahu ada babak bgel dan adegan ranj4ng dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak pan4s, tetapi bukan di Malaysia. Biarpun drama ini akan disiarkan dalam satu platform penstriman Hollywood, tetapi sudah pasti, orang Malaysia pun akan menontonnya.

“Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya apabila menolak tawaran ini. Jika ada tawaran akan mendatang, saya harus meletakkan syarat. Percayalah, jika ada rezeki tidak ke mana,” katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah tawaran diberikan berikutan impak imej sekksinya, Nadia menyangkal pendapat berkenaan.

“Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

“Bagi saya, tuduhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan sekksi terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah sekksi keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah.

“Saya tak anggap tawaran berkenaan disebabkan imej. Tentulah, bakat menjadi pengukur. Jika berimej sekksi, tetapi tiada bakat belum tentu syarikat produksi antarabangsa memandang kita. Saya tak salahkan syarikat produksi berkenaan meletakkan syarat babak panas kerana ia perkara biasa kepada mereka,” katanya.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia tidak sedikit pun menyesal kerana menolak tawaran biarpun ia peluang keemasan.

“Saya akan lebih menyesal jika melakukan perkara yang boleh mencalarkan maruah keluarga, agama dan negara. Saya percaya rezeki Allah amat luas. Saya tumpang bangga artis kelahiran Malaysia seperti Datuk Michelle Yeoh dan Henry Golding berjaya mengukir nama di Hollywood.

“Laluan mereka barangkali agak mudah sebab mereka bukan orang Islam. Bagi saya, mustahil bagi pelakon Melayu untuk melakonkan babak yang keterlaluan,” katanya.

Apabila netizen melabelkan artis tempatan seperti ‘samp4h’ kerana tak mampu ke peringkat antarabangsa, wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, artis Malaysia juga berbakat besar dan ada pakej tersendiri.

“Saya percaya pandangan skeptikal sesetengah masyarakat yang memandang serong dan menganggap artis tidak ke mana sudah lapuk.

“Banyak perkara kita terbatas dengan agama dan budaya. Ia bukan boleh dil4nggar sebegitu sahaja. Jadi, janganlah mudah melabelkan artis Malaysia ‘sampah’ hanya kerana menghormati pegangan ini,” katanya.

Nadia berkata, dia akan muncul dengan dua drama, Rudi VS Jolie bermula 15 Februari ini menerusi TV Okey. Drama kedua, Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk slot Samarinda TV3 pula bermula 17 Februari ini. Dua drama berkenaan arahan Shuhaimi Lua dan terbitan Tanah Beris Film Production.

“Saya juga akan memulakan penggambaran filem di bawah pengarah, Prof A Razak Mohaideen pada Mac depan. Ini masanya saya membalas jasa baik Prof A Razak yang pernah jadi dekan di universiti. Filem Maduku Berhantu ini kali pertama menggandingkan saya dengan Zizan Razak,” katanya.

Leave a Reply