[VIDEO] Amekaw!! “Counter Attack Terus”..Peserta Rancangan Indonesia Bahan Balik Juri Selepas Kena Bahan Sebelum Ini

Sesiapa pun pasti rasa geram atau sakit hati apabila diketawakan orang ramai. Dalam situasi ini otak seseorang itu akan cuba sedaya upaya untuk memikirkan cara bagaimana untuk menghentikan perkara itu dari berterusan, sama ada dengan mempertahankan diri sendiri atau mengalihkan tumpuan orang ramai kepada benda lain.

Apa yang pasti, berjaya membalas semula apa yang orang lain lakukan kepada kita secara spontan adalah perasaan yang paling memuaskan.



Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah klip dari rancangan stand up comedy Indonesia yang tular di Twitter ini apabila seorang peserta diketawakan orang ramai.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=YXekfDxy1O4[/embedyt]

Dalam video tersebut, peserta tersebut cuba menahan ketawa namun diejek oleh salah seorang juri yang menyuruh dia melepaskan sahaja ketawa kerana misainya sudah bergetar.

Komen juri bernama Raditya itu membuat penonton ketawa berdekah sementara juri berkenaan masih memaksa peserta bernama Dodit itu untuk lepaskan ketawanya sehingga lelaki berkenaan tidak lagi dapat menahan ketawa.

Namun dalam pusingan lain pula, peserta tersebut berjaya membalas dendam apabila dia berkongsikan lawak yang menyindir semula juri itu.



Malah dia juga menggunakan ayat yang sama yang Raditya katakan kepadanya dalam pusingan sebelum itu membuat penonton berdekah.

Respon Dodit itu membuat ramai yang kagum dan terhibur dengan kreativiti dan idea komedinya.

Kredit: HCL



[VIDEO] Gelar Juri ‘Old School’ , Datuk Seri Vida Smash Padu Pada Juri Sebab Tak Puas Hati Pilihan Lagu AJL35

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker