‘Ramai lagi ada skandal’, Janna Nick minta jangan sibuk rumah tangga Shuk

a person sitting on a bench: Pelakon Janna Nick meminta orang ramai tidak mencampuri urusan rumah tangga Shuk Sahar.’. — Foto ihsan Instagram/Janna Nick
a person sitting on a bench: Pelakon Janna Nick meminta orang ramai tidak mencampuri urusan rumah tangga Shuk Sahar.’. — Foto ihsan Instagram/Janna Nick

 

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Para peminat diminta tidak memperbesarkan isu rumah tangga dihadapi pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar.

Pelakon Janna Nick berkata, Shuk seharusnya diberi ruang menyelesaikan masalah dihadapi tanpa campur tangan pihak luar.

Jelas Janna, isu dihadapi Shuk bukan suatu yang asing dalam masyarakat dan yang hanya membezakan adalah dirinya merupakan seorang selebriti.

“Kita tidak tahu perjalanan hidup kita ini macam mana. Ramai lagi orang biasa dekat luar sana yang ada skandal semua, beza dia mereka bukan artis. Tidak perlu campur urusan peribadi beliau dengan kerjaya.

“Ini sembang lebih. Nanti kena, marah. Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul siapa salah. Kena dekat hidung sendiri baru kita hendak sedar,” katanya.

Shuk, 34, digantung kerja selepas kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan di media sosial.

Sebelum ini, isteri peserta Maharaja Lawak Mega itu mendakwa suaminya curang dengan menjalin cinta bersama wanita lain.

Rossalennah Natasyiah Asshaferah berkata, dirinya sudah lama bersabar dan menutup aib Shuk.

Terdahulu, Janna menasihati orang ramai mendoakan masalah dihadapi Shuk dan isteri diselesaikan dengan baik.

“Lebih baik doakan yang baik-baik. Kita kutuk sana kutuk sini pun tidak guna.

“Silap-silap esok mereka baik balik suami isteri,” katanya lagi.

[VIDEO] “Mana pergi rasa malu..” – Netizen meluat lihat aksi mesra Janna Nick & kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker