[VIDEO] “Aku Fokus Yang Belakang Tu Je Wehh!” Menari TikTok Dengan Adik Ipar, Netizen Puji Badan Azad Jasmin Lembut Gile.

Kalau ada drama atau filem Melayu yang dibintangi oleh Azad Jasmin, confirm cerita tersebut ada unsur lawak sampai buatkan penonton tak kering gusi.

Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri sememangnya terkenal dengan karakter yang lucu dan happy go lucky serta sering menghiburkan pengikutnya di laman Instagram.

20 Januari lalu, pelakon filem J Revolusi itu telah memuat naik video pendeknya menari bersama dengan adik iparnya iaitu Syainie Shuhaimi yang merupakan adik kepada Eira sendiri.

Video tersebut menunjukkan Azad dan Syainie sedang menari menerusi aplikasi TikTok sambil memakai bengkung dan aksi itu telah mencuri perhatian ramai.

https://www.instagram.com/p/CKQ-teUlHQY/

Ramai yang memuji kelembutan badan Azad menari sambil membuat gaya gediknya itu.

Sebelum ini, Azad turut sering memuat naik video dirinya bersama dengan adik-adik iparnya dan kelihatan beliau sangat rajin melayan kerenah mereka semua.

Seronok betul kalau dapat family yang happening macam ni kan, nasib baik tak pening kepala nak melayan semuanya!

Sumber video dan foto: Instagram Azad Jasmin

Tular Tarian lelaki berentak Jawa bersama anak muridnya, “Bertuah anak muridnya…” [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker