[VIDEO] Sambut Ulangtahun Ke-18, Pelakon Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh Hingga Akhir Hayat

Pelakon popular Edika Yusof dan isteri baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 dengan meraikannya secara sederhana cukup dengan hanya sebiji kek.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.



Di dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

“I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife..”

 



Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan ucapan ulang tahun perkahwinan selain turut memuji kecekalan dan kesetiaan Edika yang tidak semua lelaki mampu melakukan.

‘Happy anniversary!’, Semoga bahagia selamanya Satu dalam sejuta

Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.



Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.

Kerana kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isterinya disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafik.



Ketika orang lain sudah tewas dengan dugaan dan cabaran di dalam perkahwinan, tetapi dia memilih untuk setia dan berkorban demi cintanya terhadap isteri.

Dan ketika lelaki lain mengeluh menjaga si isteri di dalam pantang, Edika lelaki tabah menjaga isterinya yang sakit selama berbelas tahun!

Perkongsiannya ketika ditemubual oleh bersama radio Sinar pada tahun 2017 itu membuatkan netizen sebak dengan kesetiaannya.



Dua tahun selepas berkahwin, isterinya jatuh sakit dan lumpuh. Isterinya juga tidak boleh bercakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.

“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.

Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.”



Edika tidak pernah menganggap dan melayan isterinya seperti seorang yang lumpuh malah melayan isterinya seperti manusia sempurna.

“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.”

Di sebalik dugaan itu, ada yang turut bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak memilih untuk berkahwin lain? Tapi katanya kahwin lain bukan selesaikan masalah. Biarpun dia punyai hak untuk memilih berkahwin lagi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih jalan untuk mengharungi susah senang bersama dengan isterinya.

“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.

Isterinya, Nor Hidayah juga pernah memberikan keizinan kepada Edika untuk berkahwin lagi tetapi Edika menolak.

“Isteri juga pernah beritahu, kalau nak kahwin lagi dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu.

Sebab saya berfikir satu hari nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.

Jadi kalau saya nak ‘pulangkan‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.”

“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.”

Di akhir temubual itu, Edika Yusuf turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar mengamalkan sikap sama-sama susah dan senang bersama isteri-YOY Network.

Sumber: Instagram Edika Yusof

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker