[VIDEO] “Siapa Benar2 Perlu, Boleh Hubungi..Semoga Jadi Asbab Kebaikan”-Ebit Lew Hadiahkan 100 Biji Tab Untuk Pelajar Memerlukan

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, murid dan pelajar sekolah diarahkan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai kekangan lebih-lebih lagi buat pelajar yang tidak memiliki peranti yang sesuai bagi menjalani PdPR.

Justeru itu, proses pembelajaran terganggu dek kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.

Mengambil berat tentang permasalahan dihadapi dalam kalangan pelajar ini, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew tampil melakukan inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Hari ini, beliau memuat naik sebuah posting di Instagram dimana telah membeli sebanyak 100 buah tablet baru untuk dihadiahkan kepada para pelajar yang memerlukan.

Pohon doakan

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/bPbS3UM8/ebit-lew-baru-beli-100-biji-tab-untuk-dihadiahkan-pada-pelajar-yang-memerlukan_hd.mp4[/KGVID]
Umum tahu pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu memang tidak asing lagi dengan kesungguhan bagi membantu ramai insan dalam kesusahan dengan seikhlas hati tanpa meminta sebarang balasan.
“Pohon doakan ya. Baru beli 100 Tab untuk hadiahkan pada pelajar yang memerlukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, beliau turut meminta sesiapa yang benar-benar memerlukan tablet berkenaan, boleh menghubunginya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mengagumi dan memuji tindakan pendakwah tersebut. Malah, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan Ustaz Ebit terus dimurahkan rezeki.

Terima kasih Ustaz

 

Baiknya, semoga Allah permudahkan urusan Ustaz

Semoga murah rezeki dan sihat sentiasa

 

Jelaslah, ramai yang  menyifatkan Ebit sebagai ‘hero Malaysia’ apabila dia sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya ada kisah yang tular di media sosial. Semoga Allah merahmati semua usaha dan amal kebajikan yang dikerjakan olehnya di akhirat nanti.-MediaBawang

Sumber: Instagram Ebit Lew

Pelajar B40 kerap ketinggalan dalam kelas online

Lima Terima Basikal Lipat dari Ebit Lew Undang Rasa Syukur Dari Netizen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker