[VIDEO] “Macam Mana Nak Buat 13, Baru Bulan Madu Dah Suruh Balik..” – Nabil Mahir

Sebelum ini, kecoh dalam kalangan warganet apabila pelakon dan penyanyi Ayda Jebat serta suaminya Nabil Mahir menyatakan hasrat bagi memiliki 13 orang cahaya mata. Ramainya!

Selepas sah bergelar suami isteri, mereka kini sedang menikmati bulan madu di Langkawi. Namun, baru sekejap berjauhan dari keluarga tercinta, anak buah Ayda iaitu Rayyan dan Maya sudah menyuruh pasangan tersebut pulang ke rumah.

Gelagat kedua-dua anak saudaranya itu dikongsikan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu sendiri menerusi sebuah posting berbentuk video di laman sosial Instagram.

Anak buah ‘clingy’ & comel!

Nabil : Macam mana nak buat 13, baru honeymoon sekejap Rayyan Maya dah suruh balik.

Ayda : Nasib baik. Selamat. Fuh!”tulis Ayda di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka terhibur melihat telatah kedua-dua si cilik yang disifatkan sangat comel itu.

Comelnya mereka

 

Jangan main-main, nak menangis dah tu

Anak buah rindu tu

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan secara ‘online’ menggunakan aplikasi Google Meet-OhMyMedia

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Ayda, Nabil tak sabar nak anak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker