Kartel daging haram: Pengarah syarikat suspek terbaru direman


Seorang pengarah syarikat di Johor Bahru menjadi suspek kelapan setakat ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung isu kartel haram daging sejuk beku.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengeluarkan perintah suspek berusia 36 tahun itu direman enam hari bermula hari ini.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan, 27 saksi terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport dan pegawai kerajaan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan kes.

“SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.



“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti serta membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan aktiviti kartel terbabit dalam penyeludupan daging beku dari beberapa negara yang dibungkus semula menggunakan logo halal untuk pasaran tempatan.

Sindiket itu turut dikatakan menawarkan rasuah kepada beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan agensi tertentu sebagai habuan untuk melepaskannya ketika pemeriksaan di laluan masuk.

Isu kartel daging: ‘Jangan lindungi jika ada VVIP terlibat’



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker