Apa Niat Kerajaan PN Mahu Kaji Akta 535 dan Jaminan Penuh Pada Pendeposit Tabung Haji

Ada yang tuduh posting Ketua PEMUDA UMNO yang saya kongsi tadi adalah fake news atau fitnah.

Kami bukan PH. Kami tak main benda macam fake news.

Posting dibuat Menteri Agama PN pada pukul 3:30pm petang semalam kata Menteri Kewangan dan Menteri Agama sedang berbincang untuk meminda Akta Tabung Haji berhubing jaminan kerajaan pada TH.

(Sejak dari dulu lagi, jaminan kerajaan bagi deposit TH adalah jaminan penuh.)

Posting PEMUDA yang saran kerajaan untuk jangan pinda akta TH dan jaminan kerajaan pula dibuat pada 9:30am pagi hari ini.

Namun Menteri Agama Edit posting dia 3 jam dahulu sekitar 4:30 petang tadi untuk padamkan dua perenggan mengenai perbincangan pinda jaminan kerajaan.

Takkan menulis secara begitu jelas sebegini bukan menunjukkan niat dan hanya sekadar typo sahaja?

“Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi LTH, semakan semula ketetapan jaminan Kerajaan dan pindaan Akta 535.

Ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan di samping Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan demi menjamin kelestarian LTH untuk jangka masa panjang serta memenuhi hasrat Kerajaan untuk LTH kembali kepada matlamat asal penubuhan.”

Boleh “view Edit History” sendiri kat posting dia:
https://www.facebook.com/654227084641097/posts/4029161717147600/?d=n

Sendiri tulis, kita bantah dan sendiri edit untuk padam tulisan tersebut.

Lalu, ada juga yang tuduh kita buat fake news?

Jangan tuduh kita buat fake news atau memfitnah sebab kita cuma pertahankan TH dan hak pendeposit supaya jaminan penuh kerajaan pada deposit TH tidak ditukar atau diturunkan.

 

 

Ada yang tak boleh bezakan “main politik” dengan pertahankan hak pendeposit TH.

Ada juga yang tuduh kita serang Menteri Agama.

Tidak. Kita sebenarnya bantu Menteri Agama dari membuat kesilapan yang akhirnya merugikan TH.

Sebagai contoh, pada Disember lalu Menteri Agama kata dalam Dewan Rakyat bahawa dia tidak mengetahui tentang kelulusan Jabatan Perancang Ekonomi di bawah Menteri Ekonomi pada bulan November bagi ladang TH Plantations dijual kepada syarikat non-bumi Tamaco pada harga amat rendah.

UMNO juga yang bangkitkan isu ini sehingga kelulusan dibatalkan.

Semalam pula, ianya Menteri Kewangan yang berjumpa dengan Menteri Agama untuk bincang niat untuk pinda Akta TH berhubung jaminan penuh kerajaan.

Saya tak nampak Menteri Agama tiba-tiba akan suruh Menteri Kewangan bahawa dia rasa TH tak perlu jaminan penuh kerajaan.

Dan pada masa itu, Menteri Agama mungkin tidak faham implikasi meminda jaminan tersebut. Sebab itu, dia tulis berhubung niat kerajaan seperti ianya satu perkara yang baik.

Akibat PEMUDA UMNO bangkitkan isu ini baru Menteri Agama padam tulisan dia dan menafi Akta TH akan dipinda demi pertahankan hak pendeposit TH.

Najib Razak

 

Tubuh segera RCI Tabung Haji

Related Articles

One Comment

  1. akhir zaman ini yang selalu dilihat pakai jubah nampak warak ramai juga yang sanggup jadi munafik…kalau bukan dengan tutur kata, jari jemarinya yang berbelit-belit(macam berbelit cakap) manaip di alam siber sudah cukup menunjukkan dia berbohong

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker