Wanita sebar gambar hospital kosong didenda RM1,100

LONDON – Seorang wanita didenda  £200 (RM1,100) kerana memuat naik gambar hospital kosong dan mendakwa penularan wabak Covid-19 adalah palsu, lapor akhbar Metro UK semalam.

“Wanita berusia 30 tahun itu didenda kerana memuat naik gambar dan video dari dalam beberapa hospital yang menimbulkan kemarahan masyarakat, “ kata Polis Portsmouth dalam satu kenyataan.

Hannah Dean, 30, yang mendakwa dirinya wartawan berdaftar dari Portsmouth turut menyiarkan gambar daripada hospital di seluruh tenggara England di Facebook sebagai usaha membuktikan bahawa virus itu adalah satu penipuan.

Foto yang memaparkan koridor kosong didakwa dirakam di Hospital Queen Alexandra di Portsmouth; Hospital Awam Southampton, Hospital Universiti Princess Royal di Kent dan Hospital St. Richard di Chichester, Sussex Barat.

Seorang wanita di England yang mendakwa Covid-19 satu penipuan didenda kerana menyebarkan gambar hospital kosong. – Facebook

“Ini adalah hospital yang paling sunyi pernah saya lihat. Saya berjalan ke seluruh kawasan hospital termasuk jabatan kecemasan.

“Ini membuktikan kerajaan membohongi kita dengan dakwaan penularan pandemik koronavirus dan alasan itu tidak boleh diterima,” tulisnya pada sekeping foto memaparkan keadaan di Hospital Queen Alexandra.

Sementara itu, Polis Hampshire dan Portsmouth belum mendedahkan identiti wanita yang didenda kerana menyebarkan gambar-gambar itu namun mengesahkan individu itu ada berkunjung ke beberapa hospital termasuk Hospital Queen Alexandra di Cosham. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker