Saya baik, terima kasih yang mendoakan saya – Da’i Syed


Selepas menyepi sejak dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh polis, selebriti rancangan realiti televisyen, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful tampil berkongsi keadaan dirinya.

Menerusi sebuah video pendek di Instagram Story miliknya, bekas peserta program realiti pendakwah itu memberitahu keadaan dirinya dalam keadaan baik.

Dia turut mengucapkan terima kasih untuk yang sentiasa mendoakannya.

“Saya ok alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan saya,” tulisnya.

Syed kini sudah dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh pihak polis selepas diarahkan untuk membayar wang ikat jamin sebanyak RM35,000.

Sebelum ini, media tempatan mengatakan beliau mahu berehat seketika dan menghabiskan masanya bersama dengan keluarga sebelum sebutan semula kes pada Januari nanti.

Pada 10 Disember lalu, Syed Shah Iqmal, 25, didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Febuari ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari lalu. MG

Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker