Keluarga Neelofa pula di ser4ng kerana ini, nama Fattah pun di petik?
KUALA LUMPUR: Susulan episod hubungan berantakan dengan Haris Ismail atau PU Riz, keluarga selebriti dan jutawan terkenal, Neelofa turut menjadi sasaran ‘sera.ngan’ warga net dengan rata-ratanya seakan tidak puas hati dengan tindakan mereka.
Pemantauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengguna media sosial beng.ang dengan kenyataan Neelofa yang dikatakan menuding jari menyalahkan warganet membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan PU Riz sedangkan isu itu pada asalnya dicetuskan oleh keluarganya sendiri.
Rata-ratanya menganggap tindakan menyalahkan warganet itu tidak wajar kerana perkara peribadi itu secara langsung atau tidak telah dikongsikan sendiri oleh ahli keluarganya dalam akaun Instagram masing-masing.
Antara yang membuat perkongsian berbaur petanda atau isyarat mengenai kontroversi yang berlaku ialah kakaknya, Noor Nabila dan adik-adiknya, Athisha Khan serta Ameera Khan.
Turut dikenal pasti meninggalkan spekulasi ketara ialah tindakan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, yang telah memadam foto sekitar majlis merisik Neelofa dan Pu Riz selain dikesan tidak lagi mengikuti bakal menantunya itu dalam Instagram sejak awal bulan lalu.
Kelmarin, Neelofa tampil membuat penjelasan mengenai pelbagai tohmahan yang berlaku mengenai status hubungannya dengan PU Riz selain menafikan telah berkahwin senyap-senyap di Kelantan.
Dalam rakaman video yang dimuat naik olehnya sekitar pukul 8 malam Ahad lalu, Neelofa turut menafikan telah membuat transaksi wang berjumlah RM100,000 kepada Pu Riz selain terkena minyak pengasih.
Dalam pada itu, ramai juga yang melahirkan rasa kasihan terhadap Neelofa dan melihat dia seakan-akan menjadi man.gsa pended.ahan dan percaturan keluarganya sendiri
Selain itu, warganet juga dilihat cuba mengaitkan isu keluarga dengan kisah cinta tidak menjadinya dengan aktor Fattah Amin termasuk keruntuhan rumah tangga kakaknya, Nabila dengan pelakon Shaarnaz Ahmad sebelum ini.
saat2 bahagian noor nabila dengan ex hb
Tidak cuma itu, ada yang juga yang melahirkan pandangan dengan menda.kwa sikap gemar mendedahkan isu peribadi dalam media sosial ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan keluarga tersebut.
Dalam pada itu, setakat ini belum ada dalam kalangan ahli keluarga Neelofa yang mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu yang timbul sekali gus meninggalkan warganet dengan seribu satu teka-teki.
Sementara itu di KOTA BHARU, bapa selebriti popular itu enggan memberi sebarang komen mengenai gosip terkini membabitkan anaknya dan pendakwah, PU Riz termasuk dakwaan dia sendiri menjadi wali kepada pernikahan mereka di Kelantan.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, lelaki dikenali sebagai Mohd. Noor itu berkata, selepas khabar angin tersebut tersebar dalam media sosial, dia dihubungi pelbagai pihak termasuk media bertanyakan kesahihan cerita itu.
“Semalam, saya katakan kepada mereka yang bertanya bahawa saya tidak berhasrat memberi sebarang komen dan sama juga hari ini (semalam), saya tidak mahu cakap apa-apa.
“Cukuplah dengan apa yang Neelofa dah sebut hari ini (semalam). Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya ringkas. – artikel UTUSAN