Neelofa tak lagi pakai cincin risik diberi PU Riz

Selepas tampil dalam sebuah video menafikan dan menjelaskan segala tuduhan yang berlegar dalam media sosial tentang hubungannya dengan Haris Ismail, selebriti popular Neelofa menarik perhatian apabila dilihat tidak lagi memakai cincin risik yang selama ini tersarung di jari manis tangan kanannya.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, sering memakai cincin yang merupakan tanda atau simbolik sudah disunting pendakwah bebas itu.

Bagaimanapun, penampilan Neelofa dalam video yang dimuat naik malam tadi tadi tanpa memakai cincin tersebut menguatkan spekulasi hubungannya dengan Haris sememangnya seperti retak menanti belah.

Dalam video tersebut, Neelofa hanya berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

“Keluarga kami kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” ujarnya. K Online

Tular tentang Neelofa berpurdah. Akhirnya Neelofa tampil buka mulut dedahkan sesuatu…ini kisahnya..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker