Scha Elinnea nafi raih publisiti murahan isu tatu

Share

Tidak pernah sunyi daripada kontroversi, pelakon sensasi, Scha Elinnea sekali lagi menarik perhatian umum menerusi gambar menjolok mata yang memaparkan tatu berbentuk tulisan pada badannya.

Gambar seksi beraksi atas katil itu dimuat naik Scha atau nama sebenarnya, Natasha Muhamed Mubeen, 21, dalam satu hantaran di Instagramnya semalam.


Gambar itu mengundang kecaman netizen kerana menampakkan tulisan seakan-akan my baby girl pada rusuk kanan dan satu tatu di perut kirinya.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu kemudian tampil membuat penjelasan bahawa ia tatu palsu.

“Jangan risau, itu hanya tatu palsu dan akan hilang dalam tempoh dua hingga tiga hari. Tidak kekal.


“Tatu palsu itu pun saya membelinya secara dalam talian di sebuah platform dagang terkenal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah Scha, dia juga tidak kisah dengan segala kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepadanya berhubung isu tatu tersebut.

“Saya sudah lali dengan kecaman, malah saya tiada niat pun hendak mengundang semua hentaman tersebut.

“Saya juga tidak terfikir langsung hendak meraih populariti murahan dengan isu sebegini.

“Biarlah apa orang kata, asalkan saya gembira dan lebih baik doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut memuji kecantikan pelakon tersebut dan ada juga yang mendoakan agar Scha berubah ke arah yang lebih baik.

Terdahulu, nama Scha pernah menjadi bualan ramai ekoran sering memuat naik gambar berpenampilan seksi di dalam media sosial. K Online

Saya bukan perempuan murahan

Leave a Reply