Selepas 10 bulan ‘kehilangan’ Asyraf Sinclair, BCL hadir terapi

Sepuluh bulan kematian suami, penyanyi terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL mengakui masih sukar menerima hakikat.

Beliau mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL baru-baru ini mendedahkan kesukaran untuk menghadapi kehilangan suami tercinta mengakibatkannya terpaksa menghadiri sesi terapi.

“Saya menangis setiap hari dan terpaksa menghadiri sesi terapi untuk mendapatkan semula kekuatan,” katanya menerusi satu temubual bersama stesen televisyen di negara itu.

Untuk rekod, Allahyarham Ashraf Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Meskipun nampak kembali mempunyai kekuatan sejak kebelakangan ini namun BCL sebaliknya mendedahkan masih menangis sehingga hari ini pada setiap hari.

Kemudian, BCL berkata, lagu terbaharunya iaitu 12 Tahun Terindah yang berkisar tentang kehidupannya bersama arwah suaminya sebagai permulaan untuk kembali kuat.

Bunga Citra Lestari dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair. MG

Foto Mesra BCL Bersama Jejaka Kacak. Akhirnya Terbongkar Siapa Dia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker