Sebelum Ini Suami Banyak Bongkar Rahsia, Sekali Nadia Brian Buka Mulut Buat Ramai Terkedu
Kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, pelakon kontroversi Nadia Brian berkata tidak pernah terdetik dihatinya berkahwin untuk bercerai. Ujarnya, dia juga dambakan kebahagaiaan bersama insan dicintai.
Mengakui tidak lagi bahagia, Nadia berkata jika ikatan perkahwinan itu hanya memudaratkan dan pasangan tidak boleh lagi meneruskan, perceraian adalah jalan terakhir. Ujarnya lagi, apa yang berlaku menguatkan lagi dirinya untuk menjadi insan lebih baik.
“Jika hubungan lebih membawa kemudaratan, perceraian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan.
“Buat apa mahu menipu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran janda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dimalukan.
“Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak sabar untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin serta meminta pihak media tidak lagi menggunakan gambarnya bersama suami.
“Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini.
“Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghukum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik.
“Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh ‘move on’ dan belajar dari kesilapan,” katanya. BH
Saya sendiri nampak Nadia Brian dengan lelaki dalam bilik hotel, dakwa suami