Foto Mesra BCL Bersama Jejaka Kacak. Akhirnya Terbongkar Siapa Dia

Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut menunjukkan penyanyi yang popular menerusi lagu Ingkar itu duduk bersama dengan seorang jejaka tampan.

Bagi sesiapa yang sudah mengenali jejaka ini, pasti disebabkan anda mengikuti filem yang dilakonkan olehnya bersama dengan Bunga Citra Lestari.

“Kangen banget @officialpilarez,” ujarnya.

Jejaka tersebut adalah Reza Rahadian, pelakon Indonesia yang sangat rapat dengan BCL.

Malah, mereka pernah digandingkan dalam filem Habibie dan Ainun yang pernah mendapat kutipan pecah panggung.

Filem itu turut menggunakan runut bunyi lagu nyanyian BCL sendiri iaitu Cinta Sejati.

Adakah mereka dalam pembikinan filem atau drama baru? Sama-sama kita nantikan.

Masih Mencari Kekuatan Diri, Bunga Citra Lestari (BCL) Tinggalkan Kerusi Juri Indonesian Idol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker