Bintang K-Pop generasi pertama, BoA, disiasat atas tuduhan menyeludup dadah



Sebaran :

BINTANG K-pop generasi pertama, BoA, sedang disiasat pihak berkuasa Korea Selatan atas tuduhan penyeludupan dadah.

Agensi BoA, SM Entertainment mengesahkan perkara itu tetapi menafikan bahawa ia tindakan yang sengaja dilakukan.

Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul memanggil BoA untuk disoal siasat pada hari Rabu, menurut laporan media.



BoA dituduh membawa masuk dadah, antaranya zolpidem, secara haram.

BoA dilaporkan menyimpan banyak ubat psikotropik yang diberi atas arahan doktor, di bawah nama seorang pekerja di pejabat agensinya di Jepun dan berusaha membawanya masuk ke Korea dengan nama seorang pekerja di pejabat agensinya di Korea.

Kenyataan rasmi SM Entertainment mengenal pasti masalah itu berpunca dari “kurang arif tentang peraturan kastam berkaitan dadah” dan tidak berniat untuk menyeludup dadah secara haram.



SM Entertainment juga memaklumkan BoA disyorkan oleh doktornya untuk mengambil pil yang ditetapkan untuk membantunya tidur lebih nyenyak.

Pihak pendakwaan akan menyiasat sama ada kesalahan tersebut disengajakan, dan akan menentukan sama ada akan mendakwa pihak yang terlibat. Awani


Sebaran :


Leave a Reply