Lelaki Yang Didkwa Muizz Checkin Hotel Dengan Nadia Brian Boleh Dikenakan Tindakan
Semalam, peminat hiburan seni tanahair dikejutkan dengan berita mengenai dakwaan suami Nadia Brian yang mendakwa melihat sendiri isterinya di bilik hotel di Cyberjaya bersama seorang lelaki.
Muizz Nasruddin mendedahkan perkara itu berhubung keputusan memfailkan perceraian di Mhkamah Sy4riah Wilayah Persekutuan, pada 2 Oktober lalu.
Kata Muizz, sukar untuk dia maafkan perbuatan kecurangan isterinya dan sekiranya tidak menceraikan Nadia, dia akan dianggap sebagai leIaki dayus.
Umum mengetahui kisah rumahtangga Nadia Brian dan suaminya yang dikatakan bergolak sejak Ogos lalu.
Sementara pada Oktober lalu, Muizz turut mendedahkan isterinya telah curang dengan dua orang lelaki.
Sehinggalah kemuncaknya semalam apabila Muizz mendedahkan sesuatu yang mengejutkan peminat pelakon itu.
Lelaki bawa Nadia Brian boleh dikenakan tindakan ini
Muizz turut memberitahu tindakan lelaki yang membawa Nadia adalah satu kesaIahan jenayah dan boleh dituduh
” Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan leIaki ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 498 Knun Kesksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.” kata Muizz.
Berdasarkan semakan, sabit kesaIahan si pelaku boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Sekiranya si pelaku telah membawa isteri orang ini sebanyak tiga kali, maka dia didakwa dan pertuduhan dibacakan sebanyak 3 kali mengikut tarikh-tarikh kesalahan berbeza.
Ini bermakna hukumannya lebih berat berbanding jika satu pertuduhan.
Sebelum itu, Muizz berkata, dia turut membuat Iaporan di Ibu Pejabat PoIis Daerah Sepang dan Balai PoIis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu.
” Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri,” katanya.
Menurut Muizz, dia kesal apabila isterinya masih cuba berselindung walaupun sudah mengakui kesilapannya.
” Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya.
” Adakah itu masih f1tnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah?
” Saya tidak berhasrat untuk mengaiibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga.
” Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita.
” Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah,” katanya.
Sebelum ini , menerusi sebuah Iaporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.
Perkara terbabit dikongsi Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dalam satu temu bual bersama program Melodi, kelmarin.
Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Nadia bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp.
Saya sendiri nampak Nadia Brian dengan lelaki dalam bilik hotel, dakwa suami