Faye Kusairi selamat lahirkan anak walaupun alami lumpuh sebelah muka

SELEPAS diduga dengan penyanyi Bell Palsy yang membuatkan muka pelakon, Faye Kusairi lumpuh sebelah, wanita itu berkongsi khabar gembira hari ini.

Faye memberitahu yang dia telah selamat melahirkan bayi keduanya iaitu bayi perempuan pada Ahad lalu.

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.

“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Hari ini saya dan anak sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah,” katanya.

Merakamkan ucapan terima kasih atas doa semua, bintang ini memaklumkan sedang berehat selain turut berjanji akan berkongsi wajah permata hati keduanya tidak lama lagi.

“Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen tetapi saya akan cuba juga sentiasa maklumkan keadaan terkini fasa pemulihan saya dan keadaan ketika berpantang nanti.

“Saya juga akan kongsi gambar bayi bila saya sudah betul-betul bersedia. Buat masa ini saya mahu ambil masa untuk berehat dahulu,” katanya. -SM

[VIDEO] Sebelah muka Faye Kusairi lumpuh, Elly Mazlein mendoakannya sembuh

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker