Kerjalah Wani sayang oi, nak harap bantuan sampai bila? – Aliff Syukri

KECOH petang tadi selepas seorang usahawan kosmetik didakwa cuba mengambil kesempatan dan menganiaya seorang gadis semata-mata untuk menjual produk jualannya.

Terkesan dengan pendedahan tersebut, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap pendedahan yang dilakukan Wani Comel petang tadi sebagai tindakan yang sengaja ingin menjatuhkan dirinya.

Malah, Alif turut mendedahkan yang dia sudah memberitahu hal berkenaan pembedahan bariatic (perut) yang dilakukan Wani menerusi akaun Facebook miliknya pada 19 Ogos tahun lalu.

“Saya dah lama beritahu berkenaan dengan pembedahan Wani. Benda dah lama, kenapa baru nak cerita? Lain kali kalau nak kenakan orang, buat kajian habis-habis, jangan separuh jalan.

“Ini saya cerita sedikit sahaja. Nak tahu lebih lanjut kerna tunggu isnin ini berkenaan apa tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tak habis-habis nak ambil kesempatan menjatuhkan saya,” katanya yang bercadang membuat pendedahan pada Isnin depan kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum ini Wani mengadu dilantik menjadi duta kepada produk kesihatan milik seorang usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri, tetapi hanya menerima kurang daripada RM1,000 sahaja.

Itu yang diterima personaliti media sosial Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, yang merasakan dirinya dianiaya oleh ushawan kosmetik tersebut.

Aliff Syukri, isteri tak terbabit Macau Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker