Nabil Dan Zizan Jadi ‘Pengapit’ Neelofa Bersama PU Riz, Netizen Takut Pelamin Roboh

Apa agaknya akan terjadi di atas pelamin sekiranya pengapit yang dipilih oleh pasangan pengantin itu ialah seorang pelawak?

Pelawak dan pelakon hebat, Zizan Razak memuat naik fotonya dan Nabil Ahmad bersama pasangan d4rah manis iaitu Noor Neelofa dan PU Riz.

Menurut Zizan, dia dan Nabil bakal menjadi ‘pengapit’ pasangan itu di atas pelamin tidak lama lagi dan perkara itu sama sekali telah meng3jutkan warganet.

Apa yang menjadi keris4uan mereka ialah sekiranya pelamin Neelofa dan PU Riz akan runtuh disebabkan Zizan dan Nabil yang gemar membuat lawak spontan.

Namun perkara itu belum disahkan oleh Neelofa atau PU Riz lagi, mungkin Zizan dan Nabil akan menjadi pengacara majlis mereka nanti dan bukannya hadir sebagai pengapit.

Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi hint bahawa dia sudah mengetahui tarikh perkahwinan pasangan itu tetapi masih dirahsiakan buat masa ini.

Pengacara Shalma Ainaa juga sempat meningg4lkan hint di ruangan komen, ada kemungkinan Shalma sudah mengetahui tarikh itu kerana sebelum ini beliau ada berjumpa dengan Neelofa sendiri.

Apa pun kita doakan semoga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan, mana tahu nanti jadi Wedding Of The Year kan?

Neelofa, PU Riz nikah Mac tahun depan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker