Dulu Lain Sekarang Lain, Netizen Terkejut Tengok Gambar Lama Sharifah Husna

Antara ramai-ramai selebriti yang berkongsi gambar cabaran berkongsi gambar 10 tahun lalu, kami boleh katakan wanita ini antara yang melalui proses transformasi yang cukup ketara.

Dia yang kami maksudkan adalah Juara Gadis Panca MyBeauty 2018, Sharifah Husna Syed Feizal. Memang berbeza sungguh perubahan pada wajahnya berbanding 10 tahun lalu.

” Haaaaa ni dia! If 10 years ago someone told me that i was going to be on the cover of @pancaindera.mm I would have thought that person was crazy.

” I guess life is full of surprises right? Sis dulu pengawas tau, jangan main hahahahaha. Dulu time sekolah sis active berjemur dalam panas, sejak dah jadi medical student sis asyik terperap dalam rumah, bertahun tahun tak kena matahari,” tulisnya disertai tanda pagar #10yearchallenge

Rata-rata pengikut Husna mengakui terkesima dengan perubahan wajah pelakon Raisha 2 ini. So guys, korang jangan pandang rendah dengan kawan-kawan di sekolah tau sebab dalam masa sepuluh tahun, segalanya mungkin berubah. Be kind okay?

Namanya kini semakin melonjak naik selepas membintangi drama Ryan Aralyn, pelakon Sharifah Husna mahu membuktikan dia berada dalam dunia lakonan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa.

Gadis kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia ini juga berkata dia enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah semata-mata serta mahu membuktikan pelakon mempunyai rupa juga berbakat.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon… Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Membawakan watak Dowena menerusi drama Ryan Aralyn, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyangka mendapat reaksi positif daripada penonton dan meluahkan rasa syukur ramai mula menyedari kehadirannya dalam industri.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu. Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Sahkan bercerai. Sharifah Sakinah komen bekas suami guna aplikasi ‘dating’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker