Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli-Adlin Aman Ramlie dikecam Netizen

Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet.

Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.

Rata-rata meluahkan rasa ‘benci’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah.

Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja.

“Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut.

“Tambah-tambah meluat tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih…Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi.

“Dh mula menyirap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli! Part dengan anak tu sayang semacam je…Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembam.

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.

K0nflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?

Saksikan drama bersiri 26 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria. MV

Adlin Aman Ramlie Disoal Polis Ketika Sekatan Jalan, Disangka Individu Dalam Kostum Orang Utan – “Mati-mati aku ingat kau bro… karakter sama!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker