Azwan Ali masih terbaik, pengacara sekarang merapu · MYKMU.NET

Azwan Ali masih terbaik, pengacara sekarang merapu

Share

Kemunculan semula, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 selama dua episod di kaca televisyen telah mencuri perhatian penonton.

Malah bukan sahaja netizen, pelakon Nad Zainal turut berpendapat Azwan merupakan seorang pengacara TV terbaik dalam industri pengacaraan negara ini.

“No doubt, Diva Azwan Ali antara hos TV terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya menerusi Instastory.

Azwan turut memuat naik semula perkongsian pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu di Instagram miliknya.

Sementara itu, Nad turut meninggalkan komen dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan generasi baharu.

“Pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap… rindu pengacara dan program TV pada tahun 90an.

“Malah pembaca berita… semua nampak classy,” jelas Nad.

Dalam pada itu, gandingan Azwan dengan pelakon Elly Mazlein sebagai pengacara program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 itu mendapat pujian penonton.

Ini kerana penampilan berbeza Azwan yang kelihatan kemas dalam program tersebut. MG

‘Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali

Leave a Reply