Orang Nak Santau – Nourul Depp

Orang Nak Santau - Nourul Depp

Orang Nak Santau – Nourul Depp

Selepas pelakon Syafie Naswip, terbaharu, penyanyi Nourul Depp pula berdepan situasi sama apabila menerima mesej berbaur ugutan di Instagram miliknya.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, individu yang tidak dikenalinya itu mendakwa mahu melakukan sihir terhadapnya.

“Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk.

“Awat sampai bersumpah guna nama Allah? Nak santau tapi bersumpah atas nama Allah?! Astaghfirullah, saya tahu benda ini wujud, tapi InsyaAllah, Allah maha pelindung dan maha besar.

“Saya tak aniaya orang. Saya tak buat apa-apa setahu saya,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Nourul turut berkongsi paparan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut.

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memintanya untuk tidak mengendahkan mesej tersebut.

Hal ini kerana, ramai golongan artis juga turut menerima mesej yang sama.

“Rasanya ada artis lain kena macam ni. Tak tahulah sama atau lain. Gila.

Dia ini ada masalah, ramai artis dia buat macam ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Nourul kemudian menyifatkan individu tersebut mungkin hanya mahukan perhatian.

“Baru dapat tahu. Rasa lega sikit sebab ingatkan dia marah kita. Terus cari kat siapa aku buat jahat ni.

“Nak perhatian ni. Allah sedihnya. Dia perlukan pertolongan. Rasa nak bantu. Kesian,” responsnya kepada pengikut.

Sebelum ini, pelakon Syafie Naswip berdepan situasi sama apabila diugut untuk disantau. Gempak

Orang Nak Santau – Nourul Depp


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nourul tolak jadi juri jemputan kerana Ajai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker