Lelaki ditahan cekik, pukul anggota polis

Share

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai mencederakan anggota polis, dengan mencekik dan memukul menggunakan sebatang kayu di Petaling Jaya, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira 5 petang itu, sepasukan polis dari cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dikejarkan ke Blok Impian Baiduri Sungai Way, kerana lelaki berusia 49 tahun itu sedang mengamuk dan memukul seorang wanita, dipercayai isterinya.

Beliau berkata setelah sampai ke lokasi didapati lelaki terbabit berada dalam keadaan marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis.

“Kemudian berlaku pergelutan selepas lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher dan menyerang polis yang bertugas, sehingga anggota itu mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata suspek direman selama empat hari, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. Bernama

Apa kes lelaki pukul perempuan di tempat awam?

Leave a Reply