Takut Mati? Dr Noor Hisham sudah buat yang terbaik – Dr Zulkifli

Kuala Lumpur: “Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah negara,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tulisan Zulkifli di Facebook (FB) itu adalah antara petikan reaksinya terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menuduh Dr Noor Hisham takut mati dan tidak turun padang ke Sabah.



“Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau (King Sing). Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.

“KP (Ketua Pengarah) Kesihatan (Dr Noor Hisham) sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan itu dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai.

‘Musuh kita itu tidak kelihatan, tuan…’



“Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini,” katanya menerusi FB sambil menukilkan seperti yang berikut, “Saya teringat sebuah kisah berkaitan sahabat Nabi Muhammad SAW, Abu Ayyub al-Ansari radhiallahu ‘anhu. Diriwayatkan ketika tentera Muslim berperang dalam rangka menawan kota Konstantinopel (kini Turki), mereka berhadapan dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.

“Ada dalam kalangan tentera Muslim itu, seorang pahlawan yang menawarkan diri untuk menyusup masuk bersendirian dalam pasukan tentera Rom walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan,

“Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran, ‘Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?’ Kebetulan Abu Ayyub al-Ansari yang menjangkau 80 tahun pada ketika itu (juga termasuk dalam tentera Muslim), terdengar ayat al-Quran itu digunakan untuk menghalang pahlawan itu.

“Beliau berang dan membalas dengan menyatakan bahawa ayat itu diturunkan sebagai teguran kepada golongan Ansar yang segelintirnya mula berfikir-fikir untuk meninggalkan jihad dan balik ke kampung halaman untuk bercucuk tanam dan mengumpul harta. Ini kerana telah banyak siri kemenangan Islam dalam peperangan yang dilalui.



“Lalu turunlah peringatan Allah SWT: ‘Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan…’ (Surah Al-Baqarah: 195),” kata beliau.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

Dr Zulkifli berkata, kisah itu sentiasa tersemat di hatinya dan menjadi pegangan hidupnya iaitu sekali berjuang menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan negara, tidak akan berundur.



Katanya, beliau percaya itulah juga semangat Dr Noor Hisham dan jua seluruh barisan hadapan.

“Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu takut mati.

“Konsep kematian dalam Islam amat mudah. Kami yakin kematian akan menjengah bila-bila masa.

“Hanya Allah SWT sahaja yang hidup kekal dan tidak mati. Hanya Dia Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Yang Kekal Abadi. Muslim tidak takut mati tetapi kami sentiasa digalakkan untuk mengingati mati,” katanya.



Menurutnya, apa menjadi kerisauan umat Islam adalah, adakah amalan sudah mencukupi untuk menjadi bekalan bertemu Pencipta?

Beliau berkata, kerana itulah Muslim yang sebenar, mewakafkan seluruh hidupnya untuk manfaat manusia lain.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II



Dr Zulkifli mengakhiri tulisannya di FB itu dengan memetik sabda Rasulullah SAW, ‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia’ (Riwayat Ahmad).

Terdahulu, berlaku kekecohan di Dewan Rakyat hari ini apabila King Sing menuduh Dr Noor Hisham takut mati.

Beliau dilaporkan berkata, “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi office boy (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.

“Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati,” katanya.

Cadangan Pandang ke Borneo Najib ada merit, Rahman beritahu Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker