Rodok anjing jiran hingga mati, Surais dipenjara 12 bulan

JASIN: Tindakan seorang lelaki yang tergamak merodok perut seekor anjing sehingga hampir terkeluar usus pada Khamis lalu, menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, S Surais, 37, yang bekerja sebagai juru kimpal di sini, mengaku bersalah melakukan perbuatan kejam itu sejurus dua pertuduhan terhadapnya, dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret, Suzana Mokhtar.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah jirannya di Taman Maju di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 5 November lalu.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat dan masa sama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 428 kanun sama, iaitu dengan sengaja melakukan khianat, membunuh anjing jirannya menggunakan senjata tajam.

Pengganas Alam Sekitar, Empat durjana pemilik kilang ditahan

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dengan denda RM5,000 atau kedua-duanya, manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh berdepan penjara sehingga tiga tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, dalam rayuannya meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana mempunyai banyak hutang yang perlu dilangsaikan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunus, dalam hujahnya, menyifatkan perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan kerana ketika kejadian itu, anjing terbabit sedang diikat dan tidak boleh menyelamatkan diri.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan dari tarikh tangkap bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 bulan dari tarikh tangkap bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak.

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker