Tiada Pindaan, Tiada Sokongan Terhadap Belanjawan – Ketua Pembangkang

Belanjawan 2021 akan mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat sekiranya pindaan dibuat untuk “kebajikan rakyat”, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Saya nak tekankan di sini, saya tidak mahu ada andaian mudah. Keadaan sekarang berbeza.

“Kerajaan, menteri kewangan dan perdana menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut.

Belanjawan 2021 perlu ditolak, kata Khalid Samad

“Belum pasti belanjawan ini kita luluskan dengan cara mudah,” katanya dalam perbahasannya Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di parlimen hari ini.

Anggota parlimen Port Dickson berkata belanjawan dibentangkan Jumaat lalu tidak menepati tuntutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), sebagai usaha awal untuk mendapatkan sokongan kedua-dua belah pihak.

“Belanjawan 2021 ini mesti ada ketelusan, saya harap dapat teliti semula belanjawan. Bagi saya ia adalah belanjawan yang mengelirukan, walaupun ditekankan berulang kali mengenai Covid-19, jangan lupa Kumpulan Wang Covid-19 masih merupakan jumlah kecil daripada jumlah keseluruhan.

Belanjawan lihat aspek pendapatan berbanding perbelanjaan rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker