Abang Johari umum Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion

Share

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion.

Dengan tema Memulihkan Ekonomi Ke Arah Masyarakat Berdaya Tahan, Prihatin dan Inklusif, belanjawan kali ini dijangka menghasilkan lebihan RM180 juta.

Ini memandangkan anggaran pendapatan negeri untuk tahun 2021 berjumlah RM10.012 bilion.

Pada pembentangan itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan menyatakan hasil cukai berjumlah RM4.742 bilion atau 47 peratus daripada jumlah hasil tahun 2021.

Bagi hasil bukan cukai pula dianggarkan RM4.994 bilion, diikuti resit bukan hasil, RM16 juta selain pembayaran balik dana Persekutuan RM260. juta.

Selain itu, bagi tahun 2021 sejumlah rm9.832 bilion di bawah perbelanjaan biasa melibatkan perbelanjaan operasi RM3.832 bilion selain RM6 bilion untuk akaun dana pembangunan yang membiayai pelbagai program dan projek.

“Ini merupakan falsafah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meneruskan usaha membangunkan negeri ini dan memastikan tiada yang tertinggal.

“Setiap rakyat Sarawak tidak kira di mana mereka berada perlu menikmati pembangunan. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran saya membina persekitaran itu buat masyarakat,” katanya.

Abang Johari menambah, Kerajaan GPS akan komited untuk menjaga dan melindungi Sarawak anasir jahat. Awani

GPS tak gila kuasa nak buat pilihan raya negeri, kata Abang Johari

Leave a Reply