Mulan, Tenet, New Mutans, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara Filem Hebat Yang Bakal Muncul Di Pawagam Rumah Anda

Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, sesebuah filem atau drama boleh disifatkan sebagai ‘kawan baik’ buat kita semua.

Daripada duduk bosan di rumah, antara aktiviti yang tidak akan pernah membuat kita jemu adalah dengan menonton filem kegemaran masing-masing.

Namun, kebanyakan filem ditayangkan di televisyen ketika ini merupakan karya yang sudah lama di pasaran.

Berita baik buat penggemar filem tanah air, Astro kini membawa lebih banyak filem blockbuster menerusi kempen ‘Turn On Blockbusters At Home’ atau ‘Jom On Filem Blokbuster Di Rumah’.

Kempen sudah bermula sehingga Disember ini bakal menyaksikan beberapa filem hebat dibawa terus ke pawagam rumah anda secara berperingkat.


Ini antara filem tersebut:

Scoob 2-movie collection (bundle)
Mulan 2-movie collection (bundle)
Vanguard
Train To Busan & Peninsula 2-Movie Collection (bundle)
Scoob
Mulan
Peninsula
New Mutants
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Tenet
Ultraman Taiga

Hebat bukan? Ada filem baharu seperti Mulan, Peninsula, Tenet dan paling dinanti-nantikan adalah New Mutans.

Untuk kanak-kanak pula ada Upin & Ipin! Lengkap semuanya.

Namun, perlu diingatkan, filem ini tidak ditayangkan serentak dan akan dikeluarkan secara berperingkat.

Ikuti perkembangan Gempak untuk tarikh filem kegemaran anda.

Apapun jangan lepasan peluang untuk langgan filem-filem ini menerusi saluran Astro First/Astro Best (CH480 & CH481) dan On Demand.

Isteri Mat Sabu rasmi kapal TLDM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker