[VIDEO] Aril Pilus Kongsi Video Ucapan Arwah Izwan Pilus 10 Tahun Dahulu Sempena Hari Kelahiran Beliau Yang ke 35 Sekarang..

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus  berkongsi video kenangannya bersama Allahyarham abang kesayangannya yang juga merupakan seorang penyanyi, Izwan Pilus.

“Dah 10 tahun video ni tersimpan, terima kasih @pu3uraini sudi simpan video ni dalam labtop, ucapan ulangtahun saya yang ke 25 tahun yang di ucapkan oleh #Allahyarham #IzwanPilus 😂😂😂.



“Terima kasih Abang Wan, dengan ini secara rasmi semua org tau “nama gelaran” yang arwah paklong bagi kat aku En Lop! Hahaha. Terima Kasih semua atas ucapan ulangtahun saya yang ke 35 tahun, semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Amin!” tulis penyanyi penyanyi dan pengacara, Aril Pilus.



Menurut Aril, video berdurasi 30 saat itu telah pun berusia hampir 10 tahun dan diambil sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-25 yang telah disimpan didalam laptop peribadinya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap Arwah Izwan selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang Akademi Fantasia musim ke-7 itu.

Terdahulu, Izwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah  terkena virus kencing tikus yang serius.

Semoga Roh Arwah Izwan Pilus Di Cucuri Rahmat olehNYA dan ditempatkan dikalangan Ahli Syuga. Al-Fatihah

Sumber : Media Hiburan & Instagram Aril Pilus



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker