Harga petrol RON95, RON97 turun 3 sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun tiga sen kepada harga RM1.61 seliter dan RM1.91 sen seliter bagi tempoh esok sehingga 13 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.64 sen dan RM1.94.

Bagaimanapun, harga runcit diesel turun enam sen kepada RM1.68 sen berbanding RM1.74 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini

 

https://mykmu.net/2018/02/20/harga-petrol-lagi-mahal-zaman-mahathir/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker