MTUC, pekerja hotel, alu-alukan kemudahan keluar simpanan Akaun 1 KWSP

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik kelulusan untuk pencarum mengeluarkan simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan pekerja akibat penularan Covid-19 yang menjejaskan pekerjaan dan pendapatan mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Langkah ini dapat meringankan beban rakyat khasnya pekerja,” katanya kepada FMT, susulan pengumuman langkah itu semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen petang tadi.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Tengku Zafrul, katanya ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran maksimum RM6,000 untuk 12 bulan. .

Beliau berkata skim itu memanfaatkan 4.7 juta ahli KWSP.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung, Rusli Affandi berkata langkah itu beri kelegaan sedikit pada rakyat.

Beliau menasihati pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka perlu berhemah berbelanja.

“Jangan tersasar dari tujuan asal iaitu untuk sara hidup,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker