Lebih 420 hektar tanah kerajaan Selangor diceroboh

Share

Tanah kerajaan Selangor seluas 427 hektar diceroboh pihak tidak bertanggungjawab setakat ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Menurutnya daripada jumlah itu 40 hektar diceroboh di daerah Petaling, 86 hektar di Klang, 32 hektar di Gombak, 33 hektar di Hulu Langat, 29 hektar di Sepang, 142 hektar di Kuala Langat, 40 hektar di Kuala Selangor, 20 hektar di Hulu Selangor dan 1 hektar di Sabak Bernam.

“Kesemua kegiatan pencerobohan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu telah dikeluarkan notis mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa menjawab pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-Meru), mengenai keluasan tanah kerajaan negeri yang diceroboh dan jenis aktiviti yang dilakukan di atas tanah berkenaan hari ini.

Amirudin berkata majoriti aktiviti pencerobohan di atas tanah kerajaan negeri itu adalah berkaitan pertanian, namun lama-kelamaan ia melibatkan struktur binaan seperti stor dan perumahan, malah terdapat juga kegiatan pembuangan haram sampah.

Peneroka sokong Felda ambil alih FGV [Video]

Bagi pembinaan rumah tanpa kebenaran di tanah yang diceroboh, menteri besar berkata kerajaan Selangor melakukan usaha pemutihan sejak 2008 dan memberi ruang pemilikan tanah-tanah kosong lain di negeri itu dengan harga pasaran semasa.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 termasuk pembinaan kolam perkhidmatan dan sistem agihan dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Dis 2023 dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion.

“(Sebahagian) LRA Langat 2 telah mula beroperasi pada 21 Dis 2019 dengan kapasiti 565 juta liter sehari (jlh) melalui Stream B. Air bersih berkenaan dibekalkan ke wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dengan purata pengeluaran semasa sebanyak 430jlh.

Biar Guan Eng Bongkar Guan Eng – Najib

“Manakala Stream A yang juga berkapasiti 565jlh selesai pentauliahan dan diserahkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada 30 Okt lepas. Namun, disebabkan jaringan paip agihan air bersih belum siap, kapasiti sepenuhnya LRA ini masih belum dapat digunakan,” katanya.

Hee berkata sebanyak 12 tindakan penguatkuasaan berkaitan isu pencemaran air di LRA Semenyih dilakukan Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sejak 2017 hingga kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zakaria Hanafi (BN-Semenyih) mengenai tarikh operasi LRA Langat 2 dan kos projek berkenaan selain jumlah tindakan yang telah diambil bagi isu pencemaran air melibatkan LRA Semenyih.

– Bernama

DBKL selesai isu anjing korek tanah kubur

Leave a Reply