Sultan Selangor titah PBT, PDRM lebih tegas pantau PKPB

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini lebih tegas dalam melakukan pemantauan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sultan Selangor bertitah, berikutan statistik kes baharu Covid-19 di Selangor yang terus meningkat yang mana negeri ini mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu 225 kes.

Malah, Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa kecewa kerana masih terdapat segelintir pihak yang tidak mengambil serius, lalai dan ingkar dalam mematuhi arahan PKPB khususnya pengendali premis-premis hiburan dan makanan.

“Beta khuatir sekiranya kedegilan pematuhan SOP di bawah PKPB ini berterusan, penularan wabak berbahaya Covid-19 ini akan sukar untuk dibanteras sepenuhnya,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada dua petugas Hospital Sungai Buloh yang menerima pengiktirafan Anugerah Kesihatan Global (GHA 2020) baru-baru ini.

Pilihan raya PBT tidak akan dilaksanakan selepas bantahan dari Umno dan Pas

“Beta amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang dicatatkan petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh khususnya dan di Selangor amnya yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam usaha menghapuskan wabak berbahaya Covid-19.

“Beta berharap para petugas barisan hadapan terus tabah dan cekal dalam menjalankan tugas masing-masing merawat pesakit Covid-19,” titahnya.

Untuk rekod, dua petugas berkenaan adalah Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr. C. Suresh Kumar dan Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi, Dr. Shaiful Azman Zakaria.

Menurut laman sesawang Anugerah Kesihatan Global, anugerah Asia Pasifik serantau itu bertujuan untuk mengiktiraf syarikat dalam pelbagai pasaran serantau yang mengekalkan piawaian yang tinggi secara konsisten dalam menyampaikan penjagaan berkualiti untuk menggembirakan pelanggan mereka di setiap peringkat dan dalam setiap interaksi.

Hospital Sungai Buloh ditetapkan sebagai hospital utama Covid-19 Malaysia sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020.

Dr. Suresh Kumar mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai perunding penyakit berjangkit di Hospital Sungai Buloh manakala Dr. Shaiful Azman mengkhusus dalam bidang anestesiologi dan rawatan rapi sejak 1996 dan pernah bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kelantan. -UTUSAN ONLINE

Dakwaan kegiatan judi di Sungai Buloh tidak benar, polis mahu panggil individu tular video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker