Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat

Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat, kata Najib

Pemilihan semula wakil rakyat adalah lebih baik berbanding undang-undang anti lompat jika Ahli Parlimen mahu bertukar kepada parti lain, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, seperti diamalkan oleh beberapa negara Komanwel lain di mana ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat parti mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan pilihan raya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan Parlimen berkenaan.

“Walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta anti lompat parti dilaksanakan segera (mungkin bimbang katak akan lompat lagi kot), mengharamkan Ahli Parlimen dari lompat ke parti lain setelah menang dalam PRU bukan cara penyelesaiannya,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, lebih parah lagi sekiranya ada Ahli Parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat bawah undang-undang.

“Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka,” katanya.

Semalam, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata antara cara mencegah tindakan lompat parti adalah dengan memperkenalkan “pilihan raya untuk memecat wakil rakyat”.

Dalam perkongsian berbentuk FAQ berkenaan Akta Mencegah Lompat Parti, Azalina berkata, “pilihan raya untuk memecat wakil rakyat” membolehkan rakyat menarik balik mandat diberikan kepada wakil rakyat, jika mereka melompat parti.

Beliau menjelaskan, selepas itu pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan terjejas demi rakyat memilih wakil baharu. FMT

Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker