Usul tak percaya PM: Saifuddin beri isyarat ada perubahan positif · MYKMU.NET

Usul tak percaya PM: Saifuddin beri isyarat ada perubahan positif

Share

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata ada perkembangan “positif” sejak usul tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab soalan wartawan ketika ditanya apakah usul tersebut akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dan dijadualkan berakhir pada 15 Dis depan.

“Saya rasa ada beberapa perubahan positif pada ketika usul tidak percaya dikemukakan dan apa yang telah terjadi dalam beberapa hari lalu.

“Saya fikir anggota dewan lebih positif. Mari kita terus bersikap positif, ” katanya dalam sidang media yang diadakan hari ini.

Saifuddin tidak menjelaskan apa “perubahan positif” yang dimaksudkannya.

Dia juga memberikan isyarat “perkembangan positif” ketika ditanya apakah kemungkinan Belanjawan 2021 akan diluluskan, terutama setelah pertemuan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan kerajaan dan parti pembangkang.

“Ini naratif yang berbeza sama sekali sekarang. Saya rasa nada di kalangan ahli parlimen sekarang berbeza berbanding dua minggu lalu, saya fikir orang bercakap tentang ‘bagaimana kita akan melakukannya’ dan bukannya ‘kita akan menentangnya sekarang’.

“Ini memberikan banyak harapan dan saya ingin fikir semua orang lebih memikirkan rakyat daripada politik ,” tambahnya.

Sekurang-kurangnya 25 anggota parlimen pembangkang termasuk Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), Amirudin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu), Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan Hanipa Maidin (PH-Sepang) mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Sementara itu, dua penyokong kerajaan – Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengemukakan usul percaya bagi menyokong perdana menteri.

Bagaimanapun Dewan Rakyat tidak mungkin membahaskan usul tersebut.

Di bawah Peraturan Tetap Dewan Rakyat, urusan kerajaan diberi keutamaan semasa perbahasan. Ini bererti rang undang-undang baru dan pindaan undang-undang akan diberi keutamaan. Mk

Isyarat Zahid Supaya PRU Diadakan Segera, Bukan Sokong Anwar

Leave a Reply