Pertikai Kuasa Agong, Mujahid Mengadap Bukit Aman · MYKMU.NET

Pertikai Kuasa Agong, Mujahid Mengadap Bukit Aman

Share

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan.

Naib presiden Amanah itu dilaporkan akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) pada pukul 5.30 petang

“D5 akan mengambil keterangan Mujahid petang ini, isu apa belum dapat dipastikan,” kata pegawai pemimpin itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan perkara itu.

“Ya, betul (akan dipanggil ke Bukit Aman),” katanya kepada FMT.

Ketika ditanya, Mior berkata, siasatan adalah berhubung isu lama yang berlaku Mac 2020 melibatkan pemimpin itu selepas laporan baru diterima pihaknya.

“Siasatan melibatkan isu lama pada bulan Mac 2020, ada laporan baru dibuat terhadap beliau,” katanya.

Ketika dihubungi Mujahid berkata, beliau tidak mengetahui siasatan apakah yang dikenakan ke atas dirinya. FMT

Mujahid dakwa Muhyiddin takut dengan usul Mahathir.

Leave a Reply