Ibu Sahkan Neelofa & PU Riz Sudah Bertunang

Share

 

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua sudah mengenali pelakon dan pengacara yang sangat berbakat ini. Hari ini, kecoh di media sosial dimana netizen tertanya-tanya berhubung majlis pertunangan Noor Neelofa dan pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.

 

Netizen tertanya-tanya

Sebelum ini, kebanyakan netizen turut tertanya-tanya mengenai hubungan sebenar yang terjalin antara Neelofa dan PU Riz. Keakraban PU Riz bersama keluarga Neelofa seakan-akan menguatkan lagi kontroversi perhubungan mereka.

Malah pada hari ini, di Ig Story Neelofa dan kakaknya, Noor Nabila turut memberi ‘hint’ bahawa mereka sedang menerima tetamu ‘istimewa’ di rumah.

Akhirnya terjawab

 

Akhirnya, Noor Kartini iaitu ibu kepada Neelofa menerusi akaun Instagramnya ada memuatnaik satu gambar berserta kapsyen yang menunjukkan bahawa anak perempuannya itu sudah mempunyai seseorang insan istimewa dalam hidupnya.

Bukan itu sahaja, Noor Kartini turut meluahkan rasa syukur dan berharap agar insan tersebut iaitu PU Riz akan membimbing serta memberi kebahagian kepada Neelofa.

Respon netizen

Sumber: Noor Kartini

Tular tentang Neelofa berpurdah. Akhirnya Neelofa tampil buka mulut dedahkan sesuatu…ini kisahnya..

PU Syed Beritahu Persamaan Safiey Dan Sajat Yg Ramai Tak Perasan

Leave a Reply