Guan Eng dakwa Muhyiddin masih berusaha untuk dapat darurat

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi alasan perlunya mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah dan kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memburukkan penularan Covid-19 adalah tidak masuk akal.

Lantaran itu, Perdana Menteri diminta menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang menolak permintaannya untuk mengisytiharkan darurat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Artikel 150 Perlembagaan membenarkan keadaan darurat diisytiharkan di daerah setempat sebagaimana yang diakui oleh Muhyiddin dan bukan darurat di seluruh negara.

Menurutnya, ramai ahli dan pakar undang-undang tidak setuju bahawa hanya keadaan darurat yang dapat menghalang pilihan raya diadakan.

Sebaliknya ramai yang melihat permintaan pengisytiharan darurat sebagai cubaan Muhyiddin untuk memperkukuh kedudukannya yang lemah.

”Daripada menjunjung setia titah diraja seperti yang diperlukan mengikut kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin masih mencuba untuk memberikan alasan perlunya keadaan darurat dan nampak tidak berputus asa untuk membuat permintaan serupa di masa depan.

”Jelas bahawa Muhyiddin telah hilang majoritinya dalam kerajaan dengan ugutan setiap hari daripada UMNO untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan PN. Disebabkan ini, dia tidak mahu Parlimen bersidang, takut usul tidak percaya dan Belanjawan 2021 mungkin tidak diluluskan. Darurat adalah kaedah paling mudah dan senang untuk mengatasi masalah dan kelemahan politiknya,” kata Guan Eng dalam kenyataan di sini.

Namun, ujarnya, darurat akan membawa kesan serius dan akibat buruk terhadap ekonomi, keyakinan pelabur, sistem demokratik dan perpaduan nasional.

Oleh itu, kata Ahli Parlimen Bagan itu, Muhyiddin harus berhenti mengutamakan kepentingan survival politiknya sendiri tetapi fokus menyatukan rakyat untuk bersama-sama memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19

Menurut beliau, kerajaan PN boleh bermula bertindak penuh tanggungjawab bermula dengan Belanjawan Perpaduan 2021 yang merangkumi semua input dan menggabungkan dasar daripada luar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat biasa untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.

Semalam dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa Covid-19, Muhyiddin berkata, Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Disember 2020 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa tidak dapat dielakkan.

”Cuma saya tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan. Antaranya ialah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah untuk keluar mengundi kerana mereka ada hak untuk mengundi di sisi perlembagaan. Batu Sapi adalah kawasan merah. Kita minta penduduk Batu Sapi
supaya duduk di rumah. Tetapi oleh kerana ada pilihanraya mereka terpaksa keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mungkin peratusan keluar mengundi akan menjadi rendah, tetapi itulah demokrasi.

”Begitu juga pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang. Cuba saudara dan saudari bayangkan. Kuching sekarang adalah kawasan merah yang mencatatkan lebih 70 kes Covid-19. Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan sekarang, penduduk di Kuching tidak dibenarkan keluar dari daerah Kuching. Dengan itu kita dapat membendung penularan Covid-19 ke daerah-daerah lain yang masih berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes Covid-19 dikesan.

”Tetapi jika pilihanraya terpaksa diadakan, kita tidak boleh menghalang penduduk di Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan lainlain daerah untuk keluar mengundi. Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes Covid-19 yang tinggi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan.

”Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini.

”Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya. Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir,” kata Perdana Menteri. MG

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker