Dewan Rakyat dipendekan selepas kakitangan positif Covid-19

Sidang Dewan Rakyat hari ini dipendekkan dan akan tamat pada 1 tengah hari ini selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.

Pemendekan masa persidangan itu dipersetujui oleh semua ketua whip dalam pertemuan dengan YDP Azhar Azizan Harun pagi tadi.

“Majlis mesyuarat akan disambung semula pada 10 pagi esok,” katanya di Dewan Rakyat.

Sementara itu Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) mengesahkan kes ke-5 Covid-19 yang dikesan dalam kalangan ahlinya, yang kini dirawat di hospital.

Dalam satu kenyataan katanya, individu itu bermain golf pada 25 Okt lalu, sebelum menyertai pertemuan di bar lelaki.

Katanya, ahli itu disahkan positif 31 Okt lalu.

Ini menyusul pengumuman RSGC semalam yang seorang daripada pekerjanya di bilik salin pakaian disahkan positif virus itu.

Kelab itu menasihatkan ahlinya yang menggunakan kemudahan bilik salin pakaian lelaki antara 20 hingga 27 Okt lalu menjalani ujian saringan.

Katanya, ia akan terus ditutup sehingga notis selanjutnya.

Tiga kelab golf di Lembah Klang kini terjejas dengan gelombang ke-3 Covid-19. Dua lagi ialah TPC Kuala Lumpur serta Tropicana Golf and Country Resort.

Satu kluster dalam kalangan pekerja Tropicana Golf and Country Resort dikesan, dengan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilaksanakan ke atas asrama pekerjanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker