Dah kenapa tak kahwin-kahwin, nah cari pasangan di Hawaya

Share

“Kau dah umur cecah 30-an, tapi masih tak kahwin-kahwin”.

Ayat lazim yang biasa sangat si bujang terlajak dengar setiap kali balik kampung. Masalahnya bukan tak nak kahwin, tapi sekarang ada macam-macam komitmen dan kahwin satu tanggungjawab yang besar. Jadi, selagi diri tidak bersedia, selagi itu perkataan ‘Kahwin’ tiada dalam kamus diri.

Nah, bagi si bujang terlajak yang dah bersedia nak mencari pasangan hidup tapi ‘orangnya’ tiada, you should consider this new apps!

‘Hawaya’ Aplikasi Cari Jodoh Dari Mesir
Jauhnya sampai ke Mesir. Bukan bermaksud anda perlu terbang ke Mesir nak cari jodoh.

Hawaya, aplikasi mencari jodoh dari Mesir diambil dari perkataan “Hawa”, yang membawa maksud “Cinta” dalam bahasa Arab. Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada tahun 2017, sebagai cara untuk membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang mudah, selamat, dan selesa.

Untuk Umat Islam

Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan untuk memperkasa umat Islam yang belum berpasangan bagi membina hubungan yang bermakna dan #carijodohdenganHawaya, disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

Cara Guna Aplikasi Hawaya
Pengguna yang log masuk ke aplikasi Hawaya perlu menjawab beberapa soalan mengenai pendidikan atau sektor pekerjaan, serta soalan-soalan berkenaan pilihan peribadi seperti hobi dan minat.

Aplikasi ini juga mementingkan keselamatan pengguna. Setiap profil perlu disahkan melalui proses ‘pengesahan selfie’ untuk menapis profil-profil palsu.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi ‘Guardian’ untuk mengajak dan melibatkan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai untuk turut serta dalam perbualan dengan pengguna yang lain dalam aplikasi Hawaya.

Fungsi Best Ada Di Hawaya

Blur Option – Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi.

Exclusive Mode – Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Ini sekaligus akan menyahaktifkan semua perbualan mereka bersama pengguna-pengguna lain di dalam aplikasi. Melalui ‘exclusive mode’, pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan, dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa.

Topik Pengenalan – Dengan niat untuk bina hubungan yang tulen dan jujur, Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama.

Jadi, apa tunggu lagi… Mulalah berkawan di Hawaya sekarang!

Mulakan perjalanan #carijodohdenganhawaya anda untuk membina hubungan berkekalan dengan memuat turun Hawaya di Apple App Store dan Google Play Store.

‘Hobinya Mengusik Wanita Seksi’ – Ini Cara Cari Jodoh Zaman Dahulu Telah Buat Netizen Terhibur Sangat

Leave a Reply