Covid-19 : 834 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Kes aktif Covid-19 kini bawah 10,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan kes baharu lebih rendah berbanding kes sembuh, iaitu 834 kes berbanding 900 kes.

Kes baharu tertinggi masih lagi di Sabah (503), diikuti Selangor (129), Labuan (105), Kuala Lumpur (22) dan Pulau Pinang (21).

Sementara itu, 2 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
2 Nov 2020
Kes sembuh=900
Jumlah kes sembuh=23,120kes
Kes baharu positif=834
(kes import=3, kes tempatan=831)
Jumlah positif=33,339 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=251 kes
Kes dirawat di ICU=91 kes
Bantuan Alat Pernafasan=32 kes

900 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Secara keseluruhan, 23,120 kes sembuh dilaporkan.

Terima kasih kepada petugas kesihatan atas usaha gigih anda semua!

Sarawak hari merekodkan 14 kes baru dengan satu kluster terbaru iaitu Kluster Saberkas. 3 kes kluster ini adalah dari sebuah syarikat di dalam Wisma Saberkas.

Terkini. 2 Nov. Kes baharu #COVID19 hari ini 834, lebih rendah berbanding 900 kes sembuh.

Kes aktif kini bawah 10,000.

Kes baharu tertinggi, Sabah (503), Selangor (129), Labuan (105), KL (22) PP (21).

2 lagi kematian, 5 kluster baharu, 1 kluster tamat – Kluster Sungai.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker