“Cer Teka kat Mane?!” – Aziz M. Osman Dedah Lokasi Warung Legend Lagi-Lagi Senario [ VIDEO ]

 

Siapa je yang tak tahu filem terkenal dan favourite semua orang pada 2001, iaitu Lagi-Lagi Senario

Image from Mubi

Image via Mubi

Filem itu telah mengimbau kembali kenangan kepada semua yang lahir pada tahun 90-an kerana ianya merupakan filem hit ketika mereka bersekolah rendah.

Baru-baru ini, tular di laman sosial di mana seorang pengguna Twitter bernama @Aziqsabarudin telah berkongsi ciapan daripada pengarah filem terkenal Aziz M. Osman yang menjawab soalan daripada seorang lelaki.

Soalan daripada lelaki bernama Safwan itu yang bertanya kepada Saiful Apek dan Aziz M. Osman di mana terletaknya lokasi sebenar warung legend Mazlan dan Azlee dalam filem Lagi-Lagi Senario telah menarik perhatian ramai.

 

Ramai yang baru tahu sebenarnya warung Mazlan dan Azlee itu selama ini terletak berdekatan bangunan Media Prima Berhad

Menurut gambar yang dimuat naik Aziz M. Osman, ternyata lokasi sebenar warung tersebut terletak di hadapan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Selangor.

Susulan tularnya tweet itu yang kini telah mendapat lebih 2,700 tanda suka dan 2,700 ulang ciap, rupa-rupanya ramai yang baru tahu lokasi sebenar warung legend tersebut.

Bagi peminat tegar kumpulan lawak Senario, pastinya teruja apabila mendapat tahu tentang informasi ini kerana ianya telah menjadi tanda tanya kepada mereka sejak dulu.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image from @Aziqsabarudin (Twitter)

Image via @Aziqsabarudin (Twitter)

Image from @Aziqsabarudin (Twitter)

Image via @Aziqsabarudin (Twitter)

Rindu Senario lah! Jom layan lagu Senario

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=h56QdycATtw[/embedyt] [embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-cOV0X_aU6E[/embedyt]

Lawak Giler: Ayah Ajar Anak Mandi ‘Cara Orang Selangor’ Ini Undang Ketawa Ramai Netizen [ VIDEO ]

Kredit: Says.com

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker