Adik sangka kakak mati terkena renjatan elektrik

HULU TERENGGANU: Disangka terkena renjatan elektrik tetapi sebenarnya mati dibunuh selain pergelangan tangan kiri mangsa putus akibat kesan tetakan senjata tajam.

Mangsa, Siti Surya Ismail, 19, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemui adiknya, Siti Nur Syuhada,15, dalam keadaan tertiarap dan berdarah di ruang tamu rumahnya ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, beliau mengesyaki berlaku sesuatu kepada kakaknya apabila tidak menjemputnya pulang dari sekolah selain tidak menjawab telefon apabila dihubungi.

“Rutin kakak menjemput saya pulang dari sekolah setiap hari, tetapi selepas mendapati kakak tidak datang, saya hairan dan menghubunginya beberapa kali.

“Saya mengesyaki sesuatu berlaku selepas kakak tidak menjawab panggilan telefon dan segera berlari pulang ke rumah.

“Sebaik tiba di perkarangan rumah saya lihat pintu terbuka dan apabila masuk melihat kakak tertiarap di depan televisyen di ruang tamu dengan pergelangan tangan kiri putus.

“Saya kemudian menghubungi bapa, Ismail Muda, memberitahu kakak mungkin terkena renjatan elektrik kerana pergelangan tangan kiri putus,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kejadian mungkin berlaku pada jam 9 pagi.

Kakak Vivy Yusof Didakwa Pecah Amanah. Jumlah wang yg hilang bukan sedikit

Katanya, mangsa dipercayai dirompak berikutan sejumlah wang bernilai ratusan ringgit, dua beg tangan dan dua telefon bimbit mangsa lesap.

“Melihat kecederaan pada bahagian badan mangsa, dipercayai mangsa ditetak menggunakan senjata tajam, bagaimanapun pihak polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan,” katanya.

Mohd Marzhuki berkata, jenayah itu mungkin dilakukan individu dikenali mangsa namun motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail berkata, beliau sudah menjangkakan anaknya dibunuh selepas dimaklumkan Siti Nur Syuhada yang pergelangan tangan kiri anaknya putus.

“Ketika anak telefon, saya bekerja di Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, kira-kira lima kilometer dari rumah. Saya sudah menjangkakan ada orang masuk rumah dan bunuh anak saya,” katanya.

Tidak mengaku bersaudara, Diva AA doa kakak positif Covid-19 terima azab!

Katanya, beliau menjangkakan kejadian berlaku sebelum jam 10 pagi, kerana bubur nasi yang dibeli anak lelakinya untuk isterinya tidak terusik dan lampin isterinya belum ditukar.

Beliau berkata, anak lelakinya Mohd Zaid Azroi, 28, akan ke rumah menghantar bubur nasi untuk ibunya pada jam 8 pagi dan keluar semula ke tempat kerja selepas selesai sarapan pagi.

“Saya menjangkakan kejadian ini berlaku selepas anak lelaki keluar rumah untuk kembali ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi,” katanya.

Beliau percaya, kejadian itu disaksikan isterinya yang terlantar di katil akibat menghidapi kanser otak.

Katanya, wang perbelanjaan harian sebanyak RM400 dan wang milik arwah anaknya dianggarkan sebanyak RM2,000 serta dua telefon bimbit miliknya hilang dalam kejadian itu.

“Saya menjangkakan wang arwah sebanyak itu kerana sejak menjaga ibunya, saya beri saguhati kepadanya RM100 setiap bulan,” katanya.

Katanya, dia tidak mengesyaki sesiapa yang melakukan kejadian menyayat hati itu dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Sudah sebulan kakak (OKU) hilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker