Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

Share

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Syahredzan Johan berkata Agong dan Majlis Raja-Raja telah mempertimbangkan semua aspek apabila bertitah untuk menolak pengisytiharan darurat yang dicadangkan Muhyiddin.

“Saya percaya Majlis Raja-raja sudah pertimbangkan semua aspek, termasuklah isu pilihanraya apabila YDPA berpendapat bahawa darurat tidak diperlukan.

“Tidak perlu dipersoalkan lagi keputusan ini,” katanya melalui satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

Syahredzan berkata demikian ketika mengulas perutusan khas Muhyiddin mengenai situasi semasa COVID-19 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin secara peribadi beliau tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh sukar ini susulan pandemik Covid-19 masih menunjukkan peningkatan ketara.

“Tetapi apa boleh buat kerana itu kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihan raya.

Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihanraya ini sehingga Covid-19 berakhir,” katanya.

Seterusnya Syahredzan yang juga merupakan seorang peguam berkata, adalah tidak masuk akal mengunakan isu darurat untuk tidak mengadakan mengadakan pilihan raya.

“PM kata, kalau tak darurat di Batu Sapi dan Sarawak, PRK dan PRN kena diadakan. Mana peruntukkan Perlembagaan yang kata tidak perlu adakan pilihanraya jika ada darurat ya?

“Saya tidak nampak mana dia peruntukkan tersebut.

“Lagi satu, konon darurat nak elak PRN Sarawak. Habis tu yang nak minta darurat satu negara kenapa? Hujah beliau langsung tidak masuk akal,” bidasnya lagi. Suara.tv

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!

Leave a Reply