Karl terkena buatan orang?

Pengacara, Karl Shafek Ibrahim enggan mempercayai dirinya terkena ‘buatan orang’ ekoran penyakit misteri yang dihidapi hampir setahun lalu.

Karl yang juga bekas pengacara program Nasi Lemak Kopi O itu berkata, dia lebih mempercayai doktor yang mengesahkannya menghidapi penyakit autoimun.

“Saya tak tahulah buatan orang atau sebaliknya, tetapi saya lebih yakin dengan doktor. Bagaimanapun, keluarga ada yang meminta bertemu dengan pakar perubatan Islam. Selepas berjumpa beberapa pakar, mereka mereka menemui unsur mistik.

“Ia dikatakan sudah lama dihantar kepada saya. Kami menemui banyak benda berkarat seperti paku, besi, kain dan sebagainya. Tetapi, saya tak mahu percaya sangat dan lebih selesa berubat secara saintifik,” katanya kepada BH Online.



Semalam, Karl berkongsi luahan hati menerusi laman sosial, Instagram dengan menunjukkan gambar mata sebelah kiri yang bernanah.

Karl berkata, dia merasakan ada semut yang merayap di matanya.

“Ini kali ketiga saya mengalami sakit mata. Kali pertama saya diserang sakit mata hingga dimasukkan ke hospital selama 14 hari. Mana ada orang sakit mata dimasukkan ke hospital begitu lama. Itu yang membuatkan saya berjumpa pakar mata dan sakit saya bersangkutan dengan saraf, seterusnya didapati menghidap penyakit autoimun.



“Kemudiannya, sakit mata kembali sembilan bulan lalu. Terbaharu pula beberapa hari lalu. Berdasarkan pengalaman, jika saya sakit mata ia membawa petanda sakit lebih teruk. Selalunya, sakit belakang yang membuatkan saya tidak boleh bangun.

“Itu antara punca saya menyepi, sejak setahun lalu. Saya ambil masa jaga diri dan berubat sana sini. Tetapi, apabila saya mahu kembali bekerja, datang pula sakit mata,” katanya yang kini bergantung pada beberapa jenis ubat tahan sakit.

Mengulas pertanyaan adakah angkara manusia yang dengki memandangkan dirinya seorang ahli perniagaan, Karl tidak mahu menuding jari pada sesiapa.

“Saya tak tahulah ada orang dengki atau tidak. Kalau ada pun, saya tak nak ambil tahu. Saya tidak pernah kacau orang pun, saya hanya buat kerja saya.



“Saya berkongsi sakit mata yang kembali menyerang dalam IG bukan mahu meraih simpati, tetapi sekadar berkongsi dan meluahkan perasaan,” katanya.

Karl berkata, kesakitan yang dihadapi menghalangnya menguruskan perniagaan.

“Saya mengusahakan perniagaan makanan dan pakaian. Sememangnya, susah nak bekerja dengan keadaan sakit yang kerap menyerang.

“Malah, saya juga dapat tawaran mengacara satu program berat. Saya berdoa cepat sembuh supaya kembali bekerja,” katanya.



Karl berkata, dia berniat untuk berehat seketika daripada dunia pengacaraan, tetapi sudah hampir setahun tidak mengacara ekoran diuji dengan penyakit berkenaan. BH

Lelaki dipenjara kerana cuba letupkan bekas isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker